"Nyawa Saya Lebih Penting", PAL Siasat Kenyataan Pilot

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 10:40 AM

Kata-kata Tucan (tengah) menimbulkan kemarahan penumpang pesawat PAL.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Pengurusan Philippine Airlines (PAL) memulakan siasatan terhadap juruterbangnya yang memberitahu penumpang bahawa nyawanya lebih penting berbanding mereka selepas jadual penerbangan dari Bangkok ke Manila ditangguhkan lebih lima jam.

Menerusi kenyataan, jurucakap PAL, Cielo Villaluna berkata, pihaknya sedang menyiasat Kapten Filemon Tacan dan akan meneliti bagaimana dia mengendalikan permintaan penumpang yang memintanya turun dari pesawat ketika petugas di lapangan terbang menilai keadaan kapal terbang itu.

Penerbangan PR-371 PAL yang sepatutnya berlepas dari Bangkok pada pukul 1.50 petang Ahad tetapi ditunda kepada pukul 5 petang berhadapan isu teknikal menyebabkan pesawat dihalang meninggalkan lapangan terbang.

Wartawan veteran, Inday Espina Varona yang juga salah seorang penumpang ketika itu menggambarkan situasi itu umpama 'neraka'.

Beliau berkata, hanya satu pendingin hawa berfungsi dan keadaan itu menyebabkan ada ibu bapa yang terpaksa membuka baju bayi mereka, manakala penumpang lain berdiri di laluan keluar untuk mendapatkan udara segar.

Ketika ini Tacan yang cuba meredakan keadaan dan mengurangkan rasa takut di kalangan penumpang sambil berkata nyawanya lebih penting berbanding pelanggan syarikat penerbangan itu.

"Nyawa saya lebih penting berbanding anda. Saya selalu menganggap nyawa saya lebih penting daripada orang lain. Saya tidak akan berbohong dalam hal ini," katanya kepada penumpang.

Tacan juga dipetik sebagai berkata, dia pernah melalui pengalaman berada di kokpit selama 10 jam kerana jadual penerbangan pesawat kendaliannya ditangguhkan.

"PAL sedang menyiasat dan pada masa sama mengingatkan semua kru penerbangan untuk menggunakan pengumuman rasmi sepanjang masa. Malangnya ada yang menyimpang daripada amalan biasa ketika berkomunikasi. Kami memohon maaf kerana ia memberi kesan kepada sensitiviti penumpang," katanya.

PAL berkata, Tacan adalah seorang juruterbang yang berpengalaman lebih 30 tahun. --Philippine Daily Inquirer

Tags / Kata Kunci: PAL , Filemon Tucan , Cielo Villaluna , Bangkok

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan