Gurauan Gambar Diedit Seolah-Olah Alami Alahan Teruk Undang Padah

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 8:53 AM

Gambar wajah sebenar Claire Maughan (kiri) dan gambarnya yang telah diedit menggunakan aplikasi di telefon pintar kelihatan seperti mengalami reaksi alahan yang teruk.

(Ubah saiz teks)

SEORANG gadis membuat gurauan dengan ibunya apabila mengirimkan sekeping gambar wajahnya yang diedit menggunakan aplikasi telefon pintar yang kelihatan seolah-olah dia mengalami reaksi alahan yang teruk.

Claire Maughan mengambil gambar selfie sebelum melakukan pengubahsuaian menggunakan aplikasi di telefon pintar.

Bagaimanapun gurauan atau 'prank' itu mengundang padah apabila ibunya yang mempercayai reaksi alahan itu bertindak menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan buat anaknya.

Menerusi mesej yang dihantar kepada ibunya, Maughan berasal dari Edinburgh, Scotland berkata: "Ibu, saya rasa saya mengalami reaksi alahan."

Ibunya bertanya mengenai apakah yang berlaku dan Maughan membalas: "Saya makan kek yang mengandungi kacang dan saya benar-benar terlupa yang saya alah dengan kacang.

Ibunya bertanya kembali mengenai keadaannya, Maughan yang berada di tempat kerja kemudiannya mengirimkan gambar wajahnya yang telah diedit berkata: Saya rasa saya tidak ok."

Melihat gambar yang dikirimkan Maughan, ibunya bergegas menghubungi ambulanas untuk bergegas ke tempat kerja anaknya.

Ibu Maughan pada awalnya meminta alamat tempat kerja anak perempuannya kerana mahu menghubungi ambulans tetapi ia tidak dijawab Maughan.

Menurut mesej yang dibalas kepada rakannya di Twitter, Maughan berkata: "Ambulans telah datang ke tempat kerja."

Maughan kemudiannya membalas mesej seorang lagi rakannya di Twitter: "Ibu saya kecewa dengan saya." - Mail Online

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan