Penyampai Ramalan Cuaca Pengsan Ketika Siaran Langsung

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 8:14 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG penyampai ramalan cuaca pengsan semasa program berita yang disiarkan secara langsung.

Penyampai program berita di tenggara England, BBC South East Today, Rachel Mackley kelihatan mengalami kesukaran untuk bernafas semasa melaporkan tentang ramalan cuaca.

Beliau bagaimanapun sempat memohon maaf kepada dua penyampai berita utama program berkenaan, Polly Evans dan Rob Smith sebelum pengsan.

"Saya minta maaf, saya hendak pengsan," kata Mackley yang merupakan ibu kepada seorang anak itu.

Kamera kemudiannya ditukarkan kepada paparan dua penyampai berita dan Evans kemudiannya berkata: "Kami perlu periksa Rachel (Mackley) di sana."

Sejumlah penonton kemudiannya memberi maklum balas kepada BBC berhubung insiden berkenaan bagi mengetahui keadaan penyampai ramalan cuaca itu yang telah berkhidmat dengan BBC South East Today sejak 2011.

Mackley kemudiannya mendapat pujian di media sosial berhubung profesionalismenya.

BBC South East menerusi kenyataan di Twitter kemudiannya mengesahkan Mackley dalam keadaan sihat selepas insiden itu.

Seorang jurucakap berkata: "Ingin beritahu anda bahawa penyampai ramalan cuaca Rachel telah sebar dan berada dalam keadaan baik." - Mail Online


Tags / Kata Kunci: BBC

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan