Kenyataan "Peluru Darah Babi" Trump Cetus Kemarahan Islam Amerika

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 10:40 AM

Suzanne mencabar untuk berdepan dengan Trump susulan kenyataannya mengenai peluru bersalut darah babi.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Kakak kepada pelajar beragama Islam yang dibunuh tahun lalu mencabar Donald Trump untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan  calon presiden parti Republikan susulan kenyataannya mahu menghukum pengganas Islam menggunakan peluru yang disalut darah babi.

Suzanne Barakat, 28, kakak kepada Daeh Barakat yang terkorban di kediaman mereka di utara Carolina bersama isterinya, Yusor Abu Salha, 21 serta adik iparnya, Razan Abu Salha, 19 tahun lalu.

Ketika kejadian itu, pasangan berkenaan baru dua bulan bernikah dan masih menuntut dalam bidang pergigian di Universiti Utara Carolina-Chapel Hill, manakala Razan pula pelajar tahun dua universiti sama.

Jiran mereka, Craig Hicks menyerah diri kepada polis dan telah didakwa membunuh ketiga-tiga mangsa. Motif pembunuhan dikatakan melibatkan pertelingkahan tempat letak kereta.

Selepas mendapat tahu mengenai komen Trump, Barakat menerusi akaun Twitternya pada Ahad mengajak usahawan terkemuka Amerika Syarikat itu bertemunya.

Daeh (kanan) dan Yusnor terbunuh selepas dua bulan bernikah.

"Jumpa saya secara berdepan dan beritahu jika adik saya, Yusnor dan Razak layak mendapat peluru sedemikian.

"Trump bercakap seolah-olah dia adalah pihak berkuasa kepada golongan Muslim di Amerika," katanya kepada New York Times.

Bagaimanapun, setakat ini, Trump, 69, masih belum memberi sebarang maklum balas berkaitan cadangan Barakat itu.

Ketika ini, Trump masih mengungguli carta pemilihan pendahuluan Republikan berbanding calon lain walaupun dikecam banyak pihak kerana sering menggunakan retorik anti-Islam dalam setiap kempennya. 


Tags / Kata Kunci: Donald Trump , Barakat , Carolina

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan