Lapan Keluarga Warga Malaysia Di Haryana Selamat

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 12:37 PM

Penunjuk perasaan bertindak membakar sebuah trak semasa tunjuk perasaan di Haryana.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Lapan keluarga warga Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia dilaporkan selamat ketika rusuhan di negeri Haryana, India, semakin buruk dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah kematian dilaporkan meningkat kepada sembilan manakala lebih 100 orang cedera.

Seorang pegawai berkata nasihat telah dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Gurgoun kira-kira 45 minit perjalanan dengan kenderaan dari sini supaya mengelak daripada pergi ke kawasan yang dilanda rusuhan.

"Kami memantau keadaan dengan rapi dan satu laporan telah dikemukakan kepada Wisma Putra," kata pegawai itu.

Para pegawai Kementerian Dalam Negeri India dan polis di Haryana mengesahkan bahawa lebih 3,000 anggota separa tentera diangkut dengan pesawat petang Sabtu ke kawasan terjejas setelah para penunjuk perasaan menghadang lebuh raya utama serta laluan kereta api.

Perintah berkurung dikenakan di lima daerah utama di negeri itu iaitu di Sonipat, Rohtak, Bhiwani, Jhajjar dan Rohtak.

Tunjuk perasaan yang memasuki hari kesembilan pada Ahad, boleh dikatakan memutuskan hubungan antara negeri yang mempunyai 26.4 juta penduduk ini dengan wilayah lain di India.

Internet terus disekat dan pihak berkuasa memberi arahan kepada pasukan keselamatan supaya menembak mereka yang melanggar perintah berkurung.

Tags / Kata Kunci: rusuhan , Haryana , India

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan