Turki Mahu Tembok Keselamatan Dibina Di Sempadan Bahagian Syria - Berita Dunia | mStar

Turki Mahu Tembok Keselamatan Dibina Di Sempadan Bahagian Syria

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2016 5:25 PM

(Ubah saiz teks)

ANKARA: Turki mahu tembok keselamatan dibina kira-kira 10 kilometer dari sempadan negara itu di bahagian Syria, kata Timbalan Perdana Menteri, Yalcin Akdogan pada Rabu.

Akdogan berkata, zon itu termasuk bandar Azaz di Syria.

"Apa yang kita mahu adalah mewujudkan tembok keselamatan, termasuk Azaz, 10 kilometer ke dalam Syria dan zon ini hendaklah bebas daripada sebarang pertempuran," kata Akdogan dalam satu temuramah di saluran televisyen Turki, AHaber. - AFP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan