Dua Suspek Serangan Bom Di Bangkok Kemuka Rayuan

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2016 1:21 PM

Dua suspek serangan bom dibicarakan di mahkamah tentera pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Dua lelaki etnik Uighur yang disyaki melakukan serangan bom di Kuil Erawan di tengah bandaraya Bangkok pada tahun lalu akan mengemukakan rayuan berhubung dakwaan tersebut.

Bilal Mohammed, atau lebih dikenali sebagai Adem Karadag, dan Yusufu Mieraili tiba di mahkamah tentera dalam keadaan berkaki ayam dan bergari untuk sesi perbicaraan yang bermula awal pagi Selasa.

Mereka didakwa cuba melakukan dan merancang pembunuhan, memiliki senjata dan memasuki negara itu secara haram semasa insiden serangan pada 17 Ogos lalu.

Serangan bom itu menggorbankan 20 nyawa termasuk lima rakyat Malaysia manakala 130 orang mengalami kecederaan.

Polis berkata kedua-dua suspek mengakui bertanggungjawab melakukan serangan dalam soal siasat terdahulu.

Polis Thai mendakwa Mohammed, individu pertama yang ditahan sebagai lelaki dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memakai baju-T berwarna kuning dan meletakkan sebuah beg di kuil tersebut sebelum berlakunya letupan.

Namun semasa sesi perbicaraan pada Selasa, peguam tertuduh, Schoochart Kanpai, mendakwa anak guamnya 'dipaksa untuk mengaku' melakukan jenayah tersebut.

Dia bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai jenis kekasaran yang dilakukan terhadap anak guamnya itu.

"Suspek akan menafikan dakwaan melakukan serangan bom dan pembunuhan, mereka hanya mengaku bersalah memasuki negara ini secara haram," kata Schoochart.

Tags / Kata Kunci: serangan bom , Bangkok , kuil Erawan

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan