Pentas Acara 'Make in India' Terbakar, Bintang Bollywood Lari Bertempiaran

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Satu kebakaran besar berlaku di pentas acara kebudayaan di Mumbai pada Ahad.

Kebakaran berlaku selepas bintang Bollywood, Amitabh Bachchan membaca puisi pada majlis itu, yang diadakan di pantai Chowpatty yang popular di selatan ibu negara India.

Beribu-ribu orang, termasuk Ketua Menteri Maharashtra Devendra Fadnavis, terpaksa dipindahkan selepas kebakaran berlaku sekitar pukul 8 malam.

Setakat ini tiada laporan mengenai kecederaan.

"14 buah kereta bomba, 10 tangki air dan semua anggota bomba berada di tempat kejadian. Api kini berada di bawah kawalan. Program dibatalkan," Fadnavis menulis di Twitter sekitar jam 9.15 malam.

"Berlaku kejadian kebakaran yang sangat malang dalam program kebudayaan yang dianjurkan oleh kerajaan di Mumbai. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tiada siapa yang cedera," katanya.

Beliau berkata, 'tempat dikosongkan segera' dan 'siasatan menyeluruh ke atas kes kebakaran akan dijalankan untuk menentukan puncanya'.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai Dhananjay Kulkarni juga berkata tiada laporan kecederaan yang diterima.

Acara ini diadakan bagi meraikan budaya Maharashtra sebagai sebahagian daripada minggu 'Make in India' di India yang bertujuan untuk menarik pelaburan ke negara ini.

Ia sedang berlangsung di bandar barat Mumbai dari 13 hingga 18 Februari.

"Pada mulanya kami menyangka ia (api) adalah sebahagian daripada persembahan, sehinggalah kami sedar ia bukan sebahagian daripada persembahan itu," kata seorang penulis lirik India yang berada di majlis itu, Prasoon Joshi kepada saluran berita NDTV.

Tags / Kata Kunci: Make in India , Devendra Fadnavis

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan