Panggilan Tempah Piza 'Perangkap' Dalang Sindiket Pasport Palsu

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 10:33 AM

Hamid Reza akhirnya ditahan selepas melakukan kesilapan kecil apabila nombor telefon menempah penghantaran piza dikesan ada kaitan dengan kegiatan sindiket pasport palsu.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Hanya kerana satu panggilan untuk menempah penghantaran piza, dalang sindiket pasport palsu yang diburu pihak berkuasa beberapa negara akhirnya kecundang.

Warga Iran itu ditahan bersama lima rakyat Pakistan yang terlibat dalam kegiatan pengeluaran pasport palsu pelbagai negara.

Hamid Reza Jafary yang berada di lokasi yang tidak diketahui itu menjadi sasaran polis kerana dokumen perjalanan yang dihasilkan berkualiti tinggi.

Malahan, pasport yang dikeluarkan sindiket yang diketuai Hamid Reza atau lebih dikenali dengan jolokan 'The Doctor' itu disyaki dibekalkan kepada suspek pengganas kerana kebanyakan pasport dijual kepada pelanggan dari Timur Tengah untuk perjalanan ke Eropah dan Australia. 

Ketua Biro Imigresen Thailand, Pol Lt Jen Nathathorn Prousoontorn berkata, berbulan lamanya pihaknya menganalisa nombor telefon yang ada kaitan dengan Hamid Reza.

Bagaimanapun, panggilannya untuk menempah piza adalah penemuan terbaharu yang membantu usaha mengesan dan disusuli penahanan dalang sindiket pasport palsu itu.

"The Doctor menukar nombor telefonnya setiap kali menghubungi pelanggan dan ini menyukarkan pasukan kami untuk mengesan kedudukannya walaupun diketahui dia menepat di negara ini untuk tempoh yang agak lama," katanya.



Sehingga kini, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui identiti sebenar Hamid Reza yang memiliki lima pasport palsu iaitu tiga Brazil, Portugis dan New Zealand.

Malahan, Hamid Reza yang disyaki tinggal di sebuah rumah di daerah Chachoengsao Muang juga dikatakan mempunyai kemahiran merancang sebarang penipuan dan penyamaran.

Siasatan mendapati, perniagaan komputer terpakai dijalankan di tingkat satu rumahnya bagi mengaburi mata pihak berkuasa, manakala kegiatan sindiket pasport palsu itu pula dijalankan di tingkat dua.

Hamid Reza juga dikatakan sentiasa berhati-hati semasa melakukan penyerahan dokumen palsu yang dihasilkannya bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.



Tags / Kata Kunci: Hamid Reza Jafary , The Doctor , Thailand , pasport

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan