Enam Bom Diletup, Tiga Mati Ditembak Di Selatan Thai

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 10:27 PM

(Ubah saiz teks)

NARATHIWAT: Enam butir bom diletupkan di sekitar daerah Bachok, selatan Thailand  dalam serangan anggota gerakan pembebasan bagi memperingati kejadian serangan di daerah itu tiga tahun lepas yang mengorbankan 16 nyawa pejuang pembebasan.

Ketua Polis Daerah Kolonel Patta Madawa berkata serangan bom itu bermula pada 8.40 malam dan berlanjutan sehingga 11.30 malam dengan menyasarkan tiang-tiang elektrik.

"Serangan bom itu adalah tindakan simbolik kejadian pada 13 Feb 2013 apabila 16 anggota gerakan terbunuh dalam serangan markas tentera laut di Bachok," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Dalam kejadian berasingan, seorang pemandu lori berusia 45 tahun mati ditembak di Kampung Jerae, daerah Rusak di sini pada 3.30 petang tadi.

Ketua Polis Narathiwat Jeneral Pattannawut Angkanawin berkata tiga lelaki lain yang turut berada di dalam lori berkenaan, terselamat dalam kejadian itu.

Sementara itu seorang lelaki di Yala dan seorang lagi di Songkhla masinvg-masing mati ditembak oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian 7.50 malam dan 6 petang semalam, kata jurucakap polis.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan