Angka Kematian Gempa Tainan Cecah 109

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 12:26 PM

(Ubah saiz teks)

ANGKA kematian susulan kejadian gempa bumi yang melanda Tainan di Taiwan minggu lalu meningkat kepada 109 pada Sabtu, manakala sembilan lagi mangsa dianggarkan masih hilang.

Hampir semua mangsa dikeluarkan dari runtuhan bangunan pangsapuri 17 tingkat, Weiguan Golden Dragon.

Terkini, pasukan Mencari dan Menyelamat Taiwan mengeluarkan 33 mayat pada Jumaat dan lapan lagi pada pagi Sabtu.

Setakat ini, pemaju, Lin Ming-hui dan dua arkitek bangunan itu telah ditahan kerana cuai apabila siasatan menemui tin dan busa mengisi ruang kosong konkrit bangunan itu.

Pihak berkuasa Tainan berkata, pemeriksaan akan dilakukan ke atas beberapa projek pembangunan yang dikendalikan Ming-Hui.

Tags / Kata Kunci: Tainan , Lin Ming-hui , Taiwan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan