Bom Disembunyi Dalam Komputer Riba Melepasi Pengimbas Tanpa Kesan - Berita Dunia | mStar

Bom Disembunyi Dalam Komputer Riba Melepasi Pengimbas Tanpa Kesan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 6:59 PM

(Ubah saiz teks)

BOM yang disembunyikan di dalam sebuah komputer riba, dipercayai meletupkan badan sebuah pesawat Somalia baru-baru ini dilaporkan melalui mesin pengimbas x-ray di lapangan terbang tanpa sebarang kesan.

Penemuan mengejutkan itu menimbulkan kebimbangan bahawa Afrika dilanda gelombang mengenai pendekatan baharu untuk membawa peranti letupan ke dalam pesawat.

Letupan yang berlaku mengakibat badan pesawat berlubang dan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Mogadishu untuk membuat pendaratan cemas.

Bom tersebut, yang disembunyi di dalam sebuah komputer riba telah melepas bahagian keselamatan lapangan terbang, menurut CNN yang memetik sumber siasatan.

Suspek utama dipercayai merupakan warga Somalia, dikenal pasti sebagai Abdullah Abdisalam Borleh. 

Pengebom terbabit diarah untuk duduk di dalam pesawat dan menghidupkan peranti letupan. - Mail Online 


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan