Gempa Tainan: Pemaju, Arkitek Bina Bangunan Guna Tin, Busa Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAINAN: Pemaju pangsapuri yang runtuh akibat gempa bumi yang melanda Taiwan, Sabtu lalu ditahan susulan penemuan adanya ruang kosong pada konkrit bangunan itu yang hanya diisi dengan tin dan busa.

Selain itu, bangunan berkenaan juga dikesan dibina dengan  bilangan tiang besi yang sedikit serta tiang yang digunakan lebih nipis daripada saiz yang sepatutnya.

Fakta terbaharu itu juga mendorong pihak pendakwa raya telah membuka kertas siasatan terhadap pemaju pangsapuri terlibat selepas meneliti gambar yang dirakam di lokasi kejadian.

Ketika ini, pemaju terlibat yang dikenali sebagai Lin Ming-hui dan dua suspek lain yang dikenali sebagai Chang Kui-pao dan Cheng Chin-kui iaitu arkitek bangunan tersebut masih dalam tahanan selepas mendapat perintah mahkamah daerah.

Ketiga-tiganya disoal siasat pihak pendakwa raya pada hari yang sama.

“Mahkamah menahan kesemua suspek untuk didakwa atas kesalahan kecuaian sehingga menyebabkan kematian,” kata jurucakap Mahkamah Tainan, Kuo Jen-shiow.

Setakat ini, sejumlah 43 orang disahkan meninggal dunia dan 95 yang lain masih hilang selepas pangsapuri Wei-kuan setinggi 16 tingkat itu runtuh.

Struktur tersebut adalah satu-satunya bangunan tinggi yang tumbang apabila gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda bandar di selatan Taiwan itu.-AFP





Tags / Kata Kunci: Tainan , busa , tin , Lin Ming-hui

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan