Isa Dare Bunuh Tahanan ISIS

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

USIANYA baru mencecah empat tahun, tetapi Isa Dare mengejutkan dunia apabila mampu bertindak ganas menekan butang peledak bom yang mengorbankan empat tahanan ISIS.

Tindakan kanak-kanak lelaki warga Britain itu dipaparkan menerusi video berdurasi tujuh minit.

Diberi jolokan 'Jihadi Junior' itu, bom yang diletupkan itu membunuh tahanan yang ditempatkan dalam sebuah kereta di tengah padang pasir.

Insiden ini adalah yang kedua sejak budak lelaki itu dibawa ibunya, Grace Khadija Dare ke Syria tiga tahun lalu.

Video terbaharu itu dipercayai dirakam di Raqqa yang menjadi pusat kegiatan ISIS.



Rakaman itu juga menunjukkan komander kanan ISIS berdiri di sebelah Isa sambil mengugut Perdana Menteri Britain, David Cameron kerana menyasarkan pengganas di Syria.

"Bersiap sedia tentera kamu kerana kami juga sedang mempersiapkan pasukan kami," kata komander berkenaan sambil meletakkan tangan pada kepala Isa.

Sementara itu, datuk kepada Isa, Henry Dare, 59 berkata, beberapa hari sebelum insiden itu, cucunya telah menelefonnya merayu minta diselamatkan. 

Malahan bapa Isa juga dikatakan telah cuba menyelamatkan anaknya selepas isterinya ke Syria dan berkahwin dengan militan ISIS.

Tags / Kata Kunci: Isa Dare , ISIS , Britain , David Cameron

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan