BMW Tarik Balik 840,000 Kenderaan Di AS

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

DETROIT: BMW mengumumkan untuk menarik balik 840,000 unit kenderaan di Amerika Syarikat (AS) yang dipasang dengan beg udara keluaran Takata Corp.

Panggilan balik itu membabitkan kereta dan SUV BMW model keluaran 2006 hingga 2015.

Model berkenaan termasuk dalam panggilan balik disebabkan kecacatan produk beg udara keluaran Takata sebelum ini, kata BMW.

Langkah itu berikutan pihak berkuasa keselamatan automotif AS bulan lalu mengumumkan 5.1 juta kenderaan di AS dipasang dengan beg udara keluaran syarikat itu tidak selamat kepada penumpang.

Beg udara berkenaan dilengkapi pengelembung yang boleh meletus terlalu kuat hingga boleh menghamburkan serpihan logam ke dalam kenderaan dan membahayakan penumpang. - Reuters


 


Tags / Kata Kunci: BMW , Takata Corp , Amerika Syarikat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan