Wanita Habiskan Cuti Bersalin Jelajah 9 Negara Termasuk Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 2:52 PM

Karen Edwards bersama anknya, Esme. PHOTO: @TRAVELMADMUM/INSTAGRAM.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kebanyakan ibu yang baharu melahirkan anak akan hanya berbaring di rumah bagi menghabiskan cuti bersalin mereka.

Namun Karen Edwards bukan ibu tipikal yang menghabiskan masanya di rumah dalam tempoh berkenaan.

Selepas bayi perempuan mereka, Esme dilahirkan pada akhir tahun 2014, Edwards dan pasangannya Shaun Bayes yang gemar mengembara secara backpackers mengambil keputusan menjual kereta dan menyewakan rumah mereka di London.

Dengan membawa Esme yang hampir berusia 10 minggu pada ketika itu di belakangnya, mereka akhirnya nekad memenuhi keinginan untuk mengembara bagi meneroka dunia.

"Saya dan Shaun minat backpackers sejak sebelum saya hamil. Ramai orang tidak percaya apabila kami merancang untuk membawa Esme bersama selepas dia dilahirkan," kata Edwards yang bekerja sebagai jururawat kepada sebuah portal berita.

Pasangan itu membawa satu beg galas serta Esme bersama-sama mereka bagi melawat Ireland, Australia, Indonesia, Hong Kong, Malaysia, New Zealand, Taiwan dan Vietnam.

Perjalanan epik mereka termasuk persinggahan singkat di Singapura, di mana satu gambar yang dimuat naik Edwards di akaun Instagram menunjukkan Bayes dan Esme sedang mandi di Marina Bay.

Mengakui kadang kala berhadapan waktu sukar termasuk terpaksa bergilir-gilir melakukan aktiviti seperti snorkeling dan menyusukan Esme di mana sahaja, namun bagi Edwards itu adalah pengalaman yang tidak ternilai.

"Esme mempunyai begitu banyak pengalaman baharu. Dia sangat pandai bergaul. Dia benar-benar suka berada di luar.

"Nmaun kadang-kadang saya berasa sedih bagi Esme kerana dia tidak mempunyai kawan untuk bermain," kata Edwards.

Antara beberapa gambar menarik yang dimuat naik ialah selfie keluarga di Langkawi, bandar purba Hoi An di Vietnam dan di Ubud, Bali.

Selain itu Edwards juga telah memulakan blog mengenai pengembaraannya bagi memberi inspirasi kepada ibu bapa lain bahawa mempunyai bayi tidak membataskan minat untuk melancong.

Tags / Kata Kunci: Karen Edwards

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan