Tiga Sah Maut, Pesawat Tentera Terhempas Di Malang

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 7:11 PM

Anggota tentera mengangkut serpihan pesawat yang terhempas di Kota Malang dan mengakibatkan tiga terkorban.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Dua orang awam adalah antara tiga orang yang disahkan maut dalam nahas udara membabitkan pesawat milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) di Kota Malang, Jawa Timur pagi Rabu.

Kedua-dua wanita itu ialah Erma Wahyuningtia dan Nur Cholis, yang masing-masing berada di rumah mereka yang dihempap pesawat latihan berkenaan di kawasan perkampungan Blimbing, Kota Malang.

Ketika kejadian, Erma sedang mencuci pakaian manakala Nur Cholis berada di dalam rumah, lapor media tempatan.

Ketua Staf Angkatan Udara (KSAU) Agus Supriatna pula berkata turut maut ialah juruterbang pesawat EMB-314 Super Tucano itu, yang dikenali sebagai Ivy Safatillah.

Pihak berkuasa belum dapat memberi maklumat terperinci mengenai kejadian itu kerana kerja-kerja mencari dan menyelamat seorang juruteknik tentera yang turut menaiki pesawat itu masih diteruskan, katanya seperti yang dipetik media tempatan.
 
Agus berkata bahawa bangkai pesawat terbabit masih belum boleh dikeluarkan  kerana jentera pengangkutan sukar memasuki kawasan kampung berkenaan.

"Juruterbang sudah meninggal dunia dan juruteknik sedang diselamatkan," katanya seperti dipetik media dalam talian tempatan.

Juruterbang dan juruteknik itu dipercayai sempat menerjah keluar dari pesawat itu sebelum ia terhempas.

Sementara itu, media tempatan memetik seorang anggota pasukan mencari dan menyelamat sebagai berkata bahawa mayat juruterbang itu ditemui di Jalan Tombro kira-kira 2 kilometer dari tempat kejadian.

Nahas kira-kira 11 pagi itu menyebabkan pesawat latihan berkenaan menghempap dua buah rumah dan sebuah surau.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Kota Malang , TNI AU , Nur Cholis

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan