Penghantar Pizza Dipecat Kerana SMS 'Pelik'

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 8:25 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pemandu penghantar pizza dipecat gara-gara mesej 'pelik' kepada seorang gadis selepas menghantar pesanan pada tengah malam Jumaat lalu.

Dia dipecat selepas Imogen Groome, 22, dari Exeter, Devon, dibanjiri dengan mesej daripada lelaki itu sebaik sahaja menghantar pesanan pizza kerumahnya.

Jurujual Primark dan graduan Universiti Exeter berusia 22 tahun itu bimbang mengenai keselamatannya selepas pemandu berkenaan mula menghantar mesej pujian terhadapnya kira-kira 20 minit selepas membuat penghantaran.

Mesej berkenaan mengatakan bahawa Groome adalah 'cantik' demikian lapor akhbar pelajar, The Tab.

Menurut Groome, lelaki itu turut menghantar mesej berbunyi "Anda begitu cantik, moga tuhan memberkati anda".

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan