Wanita Australia Diculik Militan Dibebaskan

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2016 9:14 AM

(Ubah saiz teks)

OUAGADOUGOU: Seorang wanita warga Australia yang diculik oleh kumpulan militan di Burkina Faso dibebaskan selepas perbincangan diadakan bersama wakil Niger.

Pihak berkuasa kini dilapor sedang meneruskan perbincangan bagi membebaskan suami wanita berkenaan yang diculik bersamanya.

Jocelyn Elliott, 84, dan suaminya Dr Ken Elliott, 82, dari Perth diculik etika berada di sempandan Burkina Faso - Niger pada 15 Januari lalu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Burkina Faso dan Niger atas segala usaha yang telah dilakukan," katanya ketika muncul di stesen televisyen Niger dengan berpakaian jubah hitam.

Jocelyn turut ditemani oleh Presiden Niger, Mahamadou Issoufou ketika berada di Dosso.

Pihak berkuasa turut tidak mendedahkan lokasi wanita itu dibebaskan.

Tags / Kata Kunci: Burkina Faso

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan