Gempa Tainan: 28 Maut, Lebih 120 Masih Terperangkap

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2016 9:23 PM

Pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa terselamat dalam runtuhan pangsapuri di bandar Tainan. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

TAINAN: Pasukan penyelamat pada Ahad berusaha untuk mengeluarkan lebih 120 mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan pangsapuri akibat gempa bumi di selatan Taiwan.

Angka kematian meningkat dengan 28 orang disahkan maut dalam insiden itu.

Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud pada Sabtu mengakibatkan bangunan 16 tingkat di bandar Tainan yang menempatkan 100 kediaman runtuh.

Pegawai berkata, siasatan dijalankan bagi pemeriksaan terhadap aspek keselamatan blok kediaman di dalam kompleks berkenaan. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan