Gempa Tainan: Bayi 10 Bulan Antara Maut

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPEI: Seorang bayi berusia 10 bulan antara tiga mayat yang ditemui dalam runtuhan sebuah bangunan setinggi 16 tingkat di bandar Tainan, selatan Taiwan, awal pagi Sabtu.

Runtuhan itu berlaku susulan gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud yang menggegar bandar tersebut.

Pasukan penyelamat dilaporkan sedang berusaha mengeluarkan beberapa mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan tersebut.

Beberapa pegawai berkata empat bangunan runtuhan susulan gempa kuat kuat itu.

Anggota bomba dan penyelamat turut membantu mengeluarkan mangsa dari sisa runtuhan dan cuba masuk ke dalam apartmen yang runtuh menerusi tingkap.

Mayat bayi tersebut bersama dua yang lain iaitu seorang lelaki dan wanita dikeluarkan dari runtuhan konkrit.

Sementara itu, seramai 29 lagi yang berjaya diselamatkan dikejarkan ke hospital berhampiran.

Dua lagi mayat masih belum dijumpai.

"Ketiga-tiga mangsa tidak lagi bernyawa ketika ditemui sebelum dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap sedang dilakukan," kata jurucakap Agensi Bomba dan Penyelamat Nasional, Lin Kuan-cheng.

Tags / Kata Kunci: gempa Tainan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan