Penyampai Berita Tak Mampu Tahan Ketawa Baca Cerita Rizalman

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang penyampai TV New Zealand tidak dapat menahan ketawa ketika menyampaikan laporan mengenai bekas Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail yang didapati bersalah melakukan serangan sumbang.

Hilary Barry, yang bertugas dengan 3 News, tidak dapat menahan ketawa selepas membaca frasa 'tidak tahan untuk membuang air besar', alasan yang diberikan oleh Rizalman semasa perbicaraannya di Mahkamah Tinggi Wellington.

Menurut The Huffington Post, kejadian itu berlaku ketika segmen mengenai Rizalman muncul di mana frasa tersebut perlu dibacakan.

Skrip yang ditulis oleh wartawan Emily Cooper itu berbunyi:

"Muhammad Rizalman yang telah mencemarkan kerjayanya selama dua dekad dalam tentera Malaysia, hari ini (4 Feb) akan dihukum kerana melakukan seranngan tidak senonoh. Pada bulan November, dia mengaku mengekori Tania Billingsley yang pada ketika itu berusia 21 tahun pulang ke rumahnya.

"Dia berkata dia 'tidak tahan untuk membuang air besar' dan perlu menggunakan tandas, tetapi hakim dalam kes itu mendapati dia mempunyai motif seksual."

Ketika itulah Barry tergelak dan berkali-kali mengulangi ayat 'tidak tahan untuk membuang air besar'.

"Saya fikir saya sendiri pun ada rasa itu," katanya bergurau, sambil mengelap air matanya.

Malang bagi pembaca berita itu apabila cerita seterusnya adalah satu berita serius dan dia sukar untuk mengubah situasi apabila perlu melaporkan satu letupan bom terhadap kapal terbang di Somalia.

Pada akhir siaran dia berkata, "Hari ini mungkin boleh menjadi hari saya kehilangan pekerjaan..."

Mahkamah Tinggi di Wellington menjatuhkan hukuman sembilan bulan tahanan rumah terhadap Rizalman pada Khamis.
Tags / Kata Kunci: Rizalman , serangan seksual

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan