PM NZ Gesa Anggota Segera Sahkan TPP

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

AUCKLAND: Perdana Menteri New Zealand John Key menggesa semua negara Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) menyelesaikan segera proses pengesahan domestik masing-masing secepat mungkin.

Ini disebabkan TPP bukan sahaja baik untuk New Zealand, perjanjian perdagangan ini juga positif untuk Asia Pasifik.

Negara lain sudahpun memberi isyarat tentang minat masing-masing untuk menyertai TPP, dan situasi ini mungkin menjurus kepada penyepaduan ekonomi serantau yang lebih besar. Lebih makmur dan oleh itu menjadi rantau yang lebih terjamin mengikut kepentingan kita semua," katanya sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di sini Rabu.

New Zealand menjadi tuan rumah kepada 11 rakan anggota TPPA lain dalam majlis pemeteraian pakatan perdagangan bersejarah ini.

Key berkata TPP bakal menyediakan akses yang lebih baik bagi barangan dan perkhidmatan kepada lebih 800 juta penduduk di negara anggota, yang menyumbang sehingga 36 peratus kepada KDNK global.

TPPA dimeterai oleh Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Sementara itu, Menteri Perdagangan New Zealand Todd McClay sebelum itu berkata 12 negara Asia Pasifik itu bersatu dalam menyediakan standard baharu dalam perdagangan dan pelaburan di rantau ini.

Selain menjadi tuan rumah majlis penandatanganan TPPA, New Zealand akan menjadi depositori bagi TPP. Ini bermana kami akan bertanggungjawab ke atas beberapa fungsi pentadbiran.

Pemeteraian ini menamatkan proses rundingan. Teks TPP dipersetui, namun belum terikat secara sah," katanya.

McClay berkata TPPA dijangkakan berkuat kausa dalam tempoh dua tahun selepas pemeteraian ini, sebaik negara anggota menyelesaikan proses perundangan negara masing-masing.

Tags / Kata Kunci: NZ , TPP

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan