Aun San Suu Kyi Masuk Parlimen Myanmar

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

NAYPYIDAW: Selepas beberapa dekad ditindas pihak tentera, Myanmar kini memasuki era baharu politik apabila wakil rakyat prodemokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi menduduki kerusi di Parlimen.

Mengenakan pakaian seragam jingga, wakil-wakil rakyat  Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) tiba di ibu kota Myanmar di sini pada Isnin untuk berkhidmat susulan kemenangan besar parti itu dalam pilihan raya November lalu.

Mendapat jolokan ikon demokrasi Myanmar, Suu Kyi, 70, memasuki Parlimen untuk menghadiri sesi pembukaan Parlimen yang turut menyaksikan majlis angkat sumpah wakil rakyat dan pelantikan sekutu rapatnya, Win Myint sebagai Speaker dewan rendah Parlimen.

“Hari ini melambangkan peralihan demokrasi di Myanmar dan menjadi kebanggaan dalam sejarah politik negara,” kata Win Myint dalam ucapan pembukaan sidang Parlimen.

Kerajaan baharu itu memikul tugas berat membina semula ekonomi Myanmar yang teruk terjejas semasa pemerintahan junta tentera.

Pergolakan negara itu juga menyebabkan Myanmar kini  antara negara paling miskin di Asia Tenggara.

Tugas membina semula negara itu menjadi cabaran getir buat NLD susulan ramai wakil rakyatnya adalah muka baharu dalam arena politik dan tidak berpengalaman mentadbir.

Mereka perlu segera menyesuaikan diri di Parlimen Myanmar dimana 25 peratus kerusi diduduki pihak tentera.

Sebelum ini, Suu Kyi disekat daripada menjadi Presiden Myanmar oleh Perlembagaan yang diwujudkan tentera kerana berkahwin dan mempunyai anak bersama warga asing.

Sementara itu, Presiden Thein Sein akan mengekalkan jawatannya sehingga penghujung Mac depan sebelum seorang Presiden baharu dipilih melalui undian di kedua-dua dewan rendah dan dewan tinggi Parlimen. – AFP


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan