Keadaan Kanak-Kanak Mangsa Bot Karam Menyayat Hati - Berita Dunia | mStar

Keadaan Kanak-Kanak Mangsa Bot Karam Menyayat Hati

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 11:53 AM

Mayat budak lelaki yang lemas dalam kejadian bot karam di pantai Turki, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

AYVACIK: Sekurang-kurangnya 37 maut termasuk kanak-kanak ditemui terdampar di pantai Turki selepas sebuah bot pendatang karam ketika cuba memasuki Eropah.

Media asing yang merakamkan kejadian pada Sabtu memaparkan keadaan kanak-kanak yang mati lemas dihanyutkan ombak ke pantai  ke tepi pantai dekat Bandar Ayvacik di timur laut Wilayah Canakkale.

Salah satu gambar AFP menunjukkan kanak-kanak yang mati berseluar gelap dan berbaju biru, dengan mukanya ditutup dengan topi.

Tambah menyedihkan apabila puting kanak-kanak itu berada di sisi mangsa.

Gambar lain menunjukkan seorang pegawai polis Turki memasukkan jasad seorang kanak-kanak ke dalam beg mayat. 

Kejadian itu mengimbau saat kematian kanak-kanak Syria, Aylan Kurdi di pantai Turki pada September lalu.

Setakat ini, jumlah kanak-kanak yang lemas dalam kejadian berhampiran Pulau Lesbos, Greece itu belum dapat dipastikan. Laporan awal menyebut lima terkorban.



Tags / Kata Kunci: Ayvacik , Aylan Kurdi , Pulau Lesbos
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan