PRU Thailand Mungkin Ditangguh

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pilihan raya umum Thailand yang dijadual pada pertengahan 2017 mungkin ditangguhkan selama beberapa bulan berikutan draf perlembagaan berhubung undang-undang asas berkaitan pilihan raya, belum siap digubal.

Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Perlembagaan (CDC) Meechai Ruchupan berkata pihaknya memerlukan lebih banyak masa menggubal undang-undang asas mengenai pilihan raya, menyebabkan pilihan raya umum itu mungkin ditangguhkan.

"Jika perlembagaan tidak mempunyai undang-undang asas, maka pilihan raya tidak boleh diadakan, justeru tidak menjadi masalah jika (pilihan raya umum) perlu ditangguh selama beberapa bulan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas memperkenalkan draf perlembagaan yang termasuk 270 artikel, di Parlimen di sini.

Kerajaan pimpinan tentera di Thailand bercadang mengadakan pilihan raya umum pada pertengahan tahun depan, sebagai sebahagian daripada pelan tindakan ke arah demokrasi selepas rampasan kuasa tentera dua tahun lepas.

Pungutan suara mungkin diadakan pada pertengahan tahun ini, untuk menilai pendapat umum mengenai draf perlembagaan, sementara Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha telah menyatakan hasratnya tidak mahu berada lebih lama dalam kuasa pentadbiran.

Menurut Meechai, draf perlembagaan itu mengambil kira pendapat daripada semua lapisan masyarakat menggunakan pendekatan wawancara bersemuka serta memanfaatkan kaedah komunikasi moden termasuk media sosial.

Beliau berkata CDC terbuka kepada semua pandangan dalam memuktamadkan penggubalan perlembagaan itu.

CDC mempunyai 21 anggota yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) yang diketuai Perdana Menteri.

Tags / Kata Kunci: Thailand

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan