Video Polis Mesir Terima Kondom Jadi Viral

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 3:51 PM

(Ubah saiz teks)

VIDEO memaparkan seorang wartawan dan pelakon menyerahkan kondom kepada anggota polis Mesir sempena sambutan ulang tahun pemberotakan pada 2011 menjadi viral apabila mencecah lebih sejuta tontonan.

Bagaimanapun, kini timbul pula isu kemungkinan kedua-dua wartawan dan pelakon itu bakal dihadapkan ke muka pengadilan.

Penggambaran video itu dilakukan pada Isnin iaitu Hari Polis negara itu dan ulang tahun pemberontakan menentang autokrat Hosni Mubarak. Ia meluahkan rasa masa masa terhadap pasukan keselamatan.

Video yang dikongsi 15,000 di laman sosial Facebook menunjukkan dua lelaki berusia awal 20an sedang ketawa sambil mengeluarkan kondom daripada bungkusannya.

"Daripada belia kepada polis Mesir," itulah yang tertera pada kondom berkenaan.

Ia dirakam di Dataran Tahir iaitu lokasi demonstrasi itu berlaku lima tahun lalu.

Ketika penggambaran itu, Dataran Tahir lengang dengan hanya beberapa kumpulan penyokong Presiden Abdel Fattah el-Sisi yang juga bekas jeneral yang dilantik memimpin negara itu pada 2013.

Dua lelaki yang mengedarkan kondom itu adalah pelakon, Ahmed Malek dan wartawan, Shady Hussein yang bekerja untuk program berbentuk satira. Mereka membawa watak penyokong el-Sisi, mengibarkan bendera Mesir sambil melaungkan 'Hidup Mesir!"

Setakat ini, ada pihak yang mengadu perbuatan mereka itu menghina anggota polis dan jika didakwa boleh dikenakan tindakan tidak kurang enam bulan penjara dan denda 10,000 pound.

Susulan itu, Shady menerusi Facebook menjelaskan perlakuannya menerusi video itu hanya sekadar gurauan.

Bagaimanapun, katanya, berbanding apa yang dilakukan pihak polis yang menyalahgunakan kuasa ketika pemberontakan pada 2011.

"Rakyat tidak akan lupa apa yang telah kamu lakukan," katanya.

Status Shady itu dikongsi lebih 20,000 dalam masa kurang sejam.

Bagaimanapun, berlakinan dengan Ahmed yang bertindak meminta maaf. Beliau turut menjelaskan ia berlaku kerana rasa tidak puas hati kerana sekatan bersuara di negara itu.

Walaupun tidak mendapat maklumbalas Kementerian Dalam Negeri, terpai laman Facebook tidak rasmi menggesa kedua-duanya dihadapkan ke muka pengadilan.

"Tahniah, kamu telah bermusuh dengan 37,000 anggota polis," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mesir , Hosni Mubarak , Dataran Tahrir , polis

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan