Lelaki Sikh Mangsa Terbaharu Trump

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 10:30 AM

Arish Singh dihalau keluar dari dewan perhimpunan acara kempen Donald Trump kerana membawa kain rentang tertera "Hentikan Kebencian" pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

IOWA: Dua lelaki termasuk seorang berbangsa Sikh dihalau keluar dari dewan perhimpunan pada acara kempen anjuran parti Republikan kerana mempamerkan kain rentang tertera "Hentikan Kebencian."

Lelaki Sikh warga Amerika Syarikat itu, Arish Singh dan seorang lelaki lain diarah keluar pada kempen Donald Trump di Muscatine di sini pada Ahad.

NBCNews melaporkan, Arish berkata: "Saya bukan Muslim tetapi seseorang itu tidak perlu menjadi Muslim untuk menentang tindakan anti-Islam."

Insiden itu berlaku selepas jutawan hartanah itu bercakap mengenai serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dan insiden tembakan ganas di AS.

"Ada kumpulan radikal yang melakukan keganasan di seluruh dunia dan kita ada presiden (Barack Obama) yang hanya membisu mengenai perkara itu," katanya.

Trump juga seakan mempersendakan turban merah yang dipakai oleh lelaki tersebut sebelum menyambung semula ucapannya yang berbaur perkauman. 

Sebelum ini, ahli perniagaan terkemuka itu pernah menganggap dirinya disanjung rakyat AS apabila berkata dia akan terus mendapat sokongan walaupun bertindak menembak orang di jalanan.




Tags / Kata Kunci: Sikh , Donald Trump , Republikan , Iowa

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan