32 Maut Serangan Bom Berani Mati Di Cameroon

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 8:20 AM

Serangan bom berani mati di bandar Bodo, utara Cameroon. Foto Al Jazeera

(Ubah saiz teks)

DOUALA (Cameroon): Pengebom berani mati melancarkan serangan di sebuah pasar di bandar utara Cameroon pada Isnin, mengorbankan 32 orang dan mencederakan 66 yang lain.

Ia merupakan salah satu daripada serangan terburuk di negara tengah Afrika itu ketika usaha untuk menangani keganasan yang sering dilakukan oleh kumpulan militan di Nigeria, Boko Haram.

Pegawai dan radio tempatan berkata, empat letupan berlaku di sebuah pasar dan laluan masuk ke bandar Bodo.

Menurut seorang pegawai tempatan, angka kematian mungkin meningkat kerana ramai dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah.

Walaupun tiada pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan itu setakat ini, tetapi utara Cameroon sering menjadi sasaran serangan berani mati yang disyaki dilakukan oleh Boko Haram. - Reuters


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan