Perkhidmatan WhatsApp Alami Gangguan - Berita Dunia | mStar

Perkhidmatan WhatsApp Alami Gangguan

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 12:25 PM

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Perkhidmatan pesanan telefon pintar milik Facebook, WhatsApp mengalami gangguan sementara di beberapa negara.

Keadaan itu menyebabkan jutaan pengguna berdepan masalah untuk menggunakan aplikasi berkenaan.

Negara-negara terjejas seperti Jepun, India, Malaysia, Colombia dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Downdetector.com, gangguan itu bagaimanapun berjaya diselesaikan dalam waktu singkat kira-kira sejam di kebanyakan lokasi. - AFP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan