Snowzilla Ragut 24 Nyawa

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2016 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Ribut salji dengan gelaran "Snowzilla" yang membadai Amerika Syarikat (AS) sejak Jumaat telah mengakibatkan angka kematian meningkat kepada 24 orang setakat ini.

Walaupun wilayah timur AS pulih seketika, bagaimanapun bandar ini terjejas teruk menyebabkan pejabat kerajaan dan sekolah masih ditutup.

Malahan, kira-kira 85 juta penduduk tidak dapat keluar rumah untuk memastikan mereka selamat.

Salji besar setebal 68 sentimeter menyelaputi Central Park, di New York dikira salji kedua tertinggi pernah dicatat sejak 1869 dan lebih 55.88 sentimeter salji telah menyebabkan ibu negara AS ini bagaikan 'membeku'.

Rekod tertinggi bacaan salji turut dicatat di beberapa bandar lain dan merebak sehingga ke Pantai Timur dengan Philadelphia dan Baltimore turut menerima sebahagian daripada kesan paling teruk akibat bencana alam itu.

Namun ketika ribut salji besar itu tamat dan suhu kembali meningkat, New York bangkit daripada situasi lumpuh dan kembali cergas dengan jadual perjalanan.

Jalan raya dibuka semula di seluruh bandar di Long Island dan di New Jersey.

Beribu-ibu orang memenuhi kawasan taman, bermain salji, menganjurkan pertandingan lawan bola salji dan ski merentas desa sambil kanak-kanak gembira bermain salji di bawah sinar mentari.

Sementara itu, pertunjukan broadway diteruskan semula selepas dibatalkan pada Sabtu dan muzium dibuka semula manakala kawasan yang diselaputi salji di jalan utama dibersihkan dengan segera dan suhu kini 32 darjah Celsius. - AFP


Tags / Kata Kunci: Snowzilla , Washington , salji

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan