Polis Thailand Minta Pakar Penerbangan Sahkan Serpihan Pesawat

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pihak berkuasa di daerah Pak Phanang di selatan Thailand akan membawa pakar penerbangan untuk memeriksa serpihan dipercayai daripada pesawat yang ditemukan di pantai Nakhon Si Thammarat.

Pegawai Polis Daerah Pak Phanang Sub Lt It Paijit Pongkaew berkata serpihan itu akan dibawa ke balai polis daerah itu bagi membolehkan pakar daripada sektor penerbangan dan tentera udara negara ini memeriksanya.

"Kami kini dalam proses menghubungi pihak berkuasa berkaitan dan juga tentera udara, untuk membolehkan mereka memeriksa dengan lebih teliti serpihan dipercayai daripada pesawat itu," katanya kepada Bernama di sini menerusi telefon daripada Pak Phanang, Ahad.

Serpihan yang ditemukan itu, katanya, telah ditempatkan di kediaman ketua sub-daerah di Pak Phanang atas faktor keselamatan sebelum dipindahkan ke balai polis.

Pada Sabtu, penduduk kampung yang tinggal di kawasan pantai Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand melaporkan tentang penemuan satu objek logam yang besar dipercayai daripada pesawat, berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang.

Penemuan serpihan dipercayai daripada pesawat di pantai di selatan Thailand itu telah mendorong media negara ini membuat spekulasi mungkin ia ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dua tahun lepas.

Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Menurut It Paijit, walaupun serpihan ditemukan di pantai Nakhon Si Thammarat itu menyerupai bahagian pesawat, beliau bagaimanapun tidak dapat memastikannya tanpa mendapatkan nasihat daripada pakar.

"Ia (serpihan) memang kelihatan seperti daripada pesawat tetapi biar pakar periksa objek itu terlebih dahulu," katanya dan menurutnya proses untuk memindahkan serpihan itu ke balai polis daerah akan mengambil masa dua jam.

Tags / Kata Kunci: Thailand , MH370

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan