13 Maut Kapal Karam Di Nicaragua

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 11:12 AM

-fotoAFP

(Ubah saiz teks)

MANAGUA: 13 warga Costa Rica maut pada Sabtu apabila sebuah kapal kecil yang membawa 32 pelancong dari Amerika Tengah dan Amerika Syarikat karam di Pulau Little Corn, Nicaragua di Caribbean.

Jurucakap kerajaan Nicaragua yang juga wanita pertamanya Rosario Murillo berkata daripada 32 penumpang, 13 kehilangan nyawa dan kesemua mereka adalah rakyat Costa Rica.

Beliau berkata penumpang lain terselamat dan dibawa ke Pulau Big Corn yang berdekatan.

Kepulauan The Corn, yang terdiri daripada Pulau Big Corn dan Pulau Little Corn, terletak kira-kira 70 kilometer (45 batu) di tanah besar Nicaragua. Walaupun jauh, ia menjadi semakin popular dengan kunjungan pelancong.

Kementerian Luar Costa Rica mengenalpasti sembilan rakyatnya yang mati lemas, dua daripada mereka adalah penduduk Amerika Syarikat.

Katanya dalam satu kenyataan, terdapat 25 warganegara Costa Rica, empat rakyat Amerika Syarikat dan tiga Nicaragua di atas kapal kecil itu yang berdepan masalah 'selepas angin kencang... di Pulau Little Corn'.

Menurut laporan, kapten kapal yang juga pemilik kapal, ditangkap selepas diselamatkan apabila pihak berkuasa memulakan siasatan.

Tags / Kata Kunci: kapal karam , pulau Caribbean

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan