Singapura Tahan 27 Warga Bangladesh Berfahaman Radikal

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 8:03 AM

Sebahagian daripada wanga Bangladesh yang ditahan.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura menahan 27 warga Bangladesh di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati menyokong ideologi jihad bersenjata kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan kumpulan militan Daesh.

Kementerian Dalam Negeri (MHA), dalam kenyataan berkata kesemua lelaki tersebut yang bekerja dalam industri pembinaan di sini telah ditahan antara 16 Nov dan 1 Disember tahun lepas.

Kementerian itu berkata 26 daripada mereka merupakan anggota kumpulan agama tertutup yang terpengaruh dengan kepercayaan dan ajaran pelampau oleh individu radikal seperti Anwar al-Awlaki.

Anwar merupakan seorang guru agama Amerika beketurunan Yaman yang didakwa mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda. Dia telah terbunuh dalam serangan dron di Yaman pada September 2011.

MHA berkata seorang lagi warga Bangladesh ditahan itu bukan merupakan anggota kumpulan itu tetapi didapati dalam proses menjadi seorang berfahaman  radikal dan menyokong penceramah agama yang menyebarkan doktrin pelampau serta memilik bahan berkaitan jihad.

"Sejumlah bahan radikal dan berkaitan jihad seperti buku dan video memaparkan kanak-kanak menjalani latihan di tempat yang kelihatan seperti kem tentera dirampas daripada kumpulan itu.

"Beberapa anggota itu juga turut berkongsi dokumen mengandungi imej grafik dan arahan terperinci bagaimana menjalankan 'pembunuhan senyap' dengan menggunakan pelbagai kaedah dan senjata berbeza," menurut kenyataan itu.

MHA berkata siasatan menunjukkan bahawa sebahagian daripada anggota kumpulan itu telah merancang melakukan keganasan melampau di luar negara dan tidak merancang melakukan serangan pengganas di Singapura.

Kementerian itu berkata pas kerja kesemua 27 lelaki itu telah dibatalkan dan 26 daripada diusir pulang ke negara asal.

Seorang lagi akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman penjara kerana cuba meninggalkan Singapura secara tidak sah selepas mengetahui penahanan anggota kumpulan itu, katanya.

Kementerian itu berkata pihak berkuasa Bangladesh telah dimaklumkan mengenai sebab warganya diusir pulang ke negara asal.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan