Pervez Musharraf Bebas Tuduhan Bunuh - Berita Dunia | mStar

Pervez Musharraf Bebas Tuduhan Bunuh

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

QUETTA: Bekas presiden Pakistan, Pervez Musharraf bebas daripada tuduhan membunuh pemimpin pemberontak Baluchistan, Nawab Akbar Bugti pada 2006.

Mahkamah negara itu memutuskan demikian terhadap satu daripada tiga kes yang dihadapi Pervez selepas bekas pemimpin itu kembali daripada hidup dalam buangan di luar negara.

Keputusan mahkamah itu disampaikan bekas menteri dalam negeri yang turut dinamakan dalam kes itu, Aftab Sherpao kepada media di sini yang terletak di barat daya Pakistan.

“Mahkamah menolak semua tuduhan terhadap bekas ketua kerajaan itu dan semua yang dinamakan dalam kes berhubung kematian Nawab Akbar Bugti,” katanya.

Peguam keluarga Nawab, Suhail Rajput bagaimanapun menyelar keputusan itu dengan menyifatkannya sebagai tidak adil dan jenaka.

Nawab terbunuh dalam operasi tentera sembilan tahun lalu hingga mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh negara dan meningkatkan pemberontakan di Baluchistan.

Pervez yang merampas kuasa pada 1999 sebelum meletak jawatan pada 2008 kini dikenakan tahanan rumah di Karachi atas beberapa tuduhan jenayah berkait dengan tiga kes, termasuk mengenakan perintah darurat pada 2007 dan tuduhan terlibat dalam pembunuhan pemimpin pembangkang Benazir Bhutto pada tahun sama. 



   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan