WhatsApp Hapus Yuran Langganan - Berita Dunia | mStar

WhatsApp Hapus Yuran Langganan

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 11:18 PM

(Ubah saiz teks)

PERKHIDMATAN pesanan mudah alih WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook Inc berkata, ia tidak lagi mengenakan yuran langganan tahunan dan merancang untuk menguji sistem yang membolehkan pengguna berkomunikasi secara langsung dengan organisasi dan perniagaan menerusi aplikasi tersebut.

WhatsApp yang mempunyai 900 juta pengguna di seluruh dunia dan berfungsi menerusi pelbagai jenis telefon berkata, ia tidak merancang untuk melancarkan pengiklanan pihak ketiga bagi menjana pendapatan.

Ia hanya mengenakan caj untuk yuran langganan tahunan sebanyak AS$0.99 (RM4.35) atau setaraf, yang dikecualikan pada tahun pertama, dan berkata, ia akan menghapuskan bayaran itu dalam beberapa minggu akan datang.

Ia akan menguji sistem yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan organisasi dan perniagaan di WhatsApp, berbanding menerusi pesanan teks dan panggilan telefon.

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi pertama yang membolehkan orang ramai menghantar dan menerima teks pesanan menerusi telefon pintar.

Tanpa caj rangkaian, ia akan menjadi semakin popular di kalangan pengguna muda.

Ia menyaksikan persaingan berdasarkam aplikasi perkhidmatan yang ditawarkan oleh antara lain adalah Google. - Reuters 

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan