Suami Isteri Mangsa Terbaru Di Selatan Thai - Berita Dunia | mStar

Suami Isteri Mangsa Terbaru Di Selatan Thai

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 5:07 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Sepasang suami isteri mati ditembak di sebuah kebun getah di Kampung Batas Tinggi, Mukim Kota Teras di daerah Raman yang terletak di wilayah bergolak, Yala, selatan Thai.

Kapten Polis Chamnont Keawpimpl berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 5 pagi itu telah menyebabkan kedua-dua mangsa dikenali Ma-il Leemada-i, 60, dan isterinya, Bidoh Leemada-I, 60, mati di tempat kejadian.

"Mayat pasangan suami isteri itu ditemui berhampiran motosikal mereka.

Mangsa telah ditembak dari jarak dekat," katanya kepada media di lokasi kejadian pada Isnin.

Menurutnya, saksi di tempat kejadian mendakwa melihat mangsa menunggang motosikal menuju ke kebun getah sebelum terdengar beberapa das tembakan senjata api dan menemui mayat mereka.

Pihak polis kata Chamnont masih menyiasat motif kejadian terbabit sama ada ia berpunca daripada masalah peribadi atau akibat pergolakan bersenjata di selatan Thai.

Konflik bersenjata di antara kumpulan pemisah dan pasukan keselamatan Thai di wilayah selatan negara itu yang majoriti penduduknya beragama Islam telah mengorbankan ribuan orang.

Tags / Kata Kunci: Thailand , Bangkok
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan