Penumpang Dikejutkan Kenyataan Kru Pesawat "Kita Tak Mahu Mati"

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 6:29 PM

(Ubah saiz teks)

PENUMPANG yang menaiki pesawat Ryanair dikejutkan dengan kenyataan seorang kru yang mengumumkan kelewatan penerbangan disebabkan oleh ais di bahagian sayap dan mengatakan "kita tak mahu mati".

Portal Mail Online melaporkan pengumuman mengejutkan itu dibuat dalam pesawat bagi penerbangan dari Glasgow ke Dublin, yang ditunda selama hampir lapan jam.

Penumpang, Ella Ryan yang amat terkejut dengan insiden tersebut memuat naik video mengenai kejadian itu di media sosial.

"Inilah yang berlaku apabila anda terpaksa menunggu hampir lapan jam, semua orang terpinga-pinga termasuk kakitangan 'kita tidak mahu mati' mencetuskan kekecohan," katanya di laman sosial Instagram.

Penumpang berkenaan berkata, para penumpang diberikan beberapa alasan di atas kelewatan itu dan mendakwa mereka hanya diberikan baucar sebanyak £3.50 (RM21.99).

"Saya menaiki penerbangan ini semalam, sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Glasgow pada pukul 3.35 petang (11.35 malam Ahad waktu Malaysia) tetapi ia tertunda sehingga ke pukul 11.35 malam (7.35 pagi Isnin waktu Malaysia) selepas berada di dua pesawat berbeza," katanya dipetik sebagai berkata dalam Joe.co.uk.

Katanya, mereka hanya menerima satu baucar bernilai £3.50 (RM21.99) dan mendakwa menerima pelbagai alasan yang tidak konsisten sebagai punca kelewatan penerbangan.

Pengumuman kru kabin itu mencetuskan pelbagai reaksi penumpang di mana sebahagiannya terkejut dan ada menjadikannya sebagai jenaka.

Ryanair dalam satu kenyataan ringkas berkata: "Kita akan bercakap dengan anggota kru yang terlibat dan memohon maaf di atas komen berkenaan sehingga mencetuskan rasa kurang senang."

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan