Indonesia Mahu Pastikan Jerebu Tidak Berulang Tahun Ini

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 10:11 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengarahkan semua pihak berkuasa menjalankan kerja-kerja mencegah masalah pembakaran hutan dan ladang di negara itu mulai sekarang. 

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu kejadian kebakaran hutan dan ladang secara terbuka yang mengakibatkan pencemaran jerebu di rantau ini tahun lepas tidak berulang.

Katanya, pihak berkuasa harus bersiap sedia menghadapi bencana kebakaran hutan dengan lebih awal serta menjadikan aktiviti pencegahan sebagai keutamaan dalam gerak kerja masing-masing.

Laporan media dalam talian tempatan pada Isnin memetik Jokowi sebagai berkata kerajaan telah membentuk Badan Restorasi Gambut bagi menjalankan aktiviti memelihara hutan serta memastikan masalah kebakaran hutan dan ladang tidak berulang pada tahun ini.

Di samping itu, presiden itu turut mengarahkan semua pihak berkuasa peringkat daerah termasuk tentera dan polis supaya turun ke lapangan dan membuat pemantauan.

"Jangan tunggu waktu hingga berminggu-minggu, berbulan-bulan. Jangan hanya memantau dari belakang meja. Saya minta lihat dan turun ke lapangan," katanya.

Jokowi juga menegaskan tindakan undang-undang termasuk hukuman penjara akan dikenakan terhadap mereka yang terbabit dalam aktiviti pembakaran hutan dan ladang secara terbuka supaya ia menjadi pengajaran agar tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Indonesia menghadapi bencana kebakaran hutan dan tanah gambut yang serius selama lebih empat bulan sejak Julai tahun lepas dengan sesetengah daerah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) luar biasa sehingga 2,000.

Negara-negara jiran termasuk Malaysia turut dilanda pencemaran jerebu dengan bacaan ditahap berbahaya sehingga sesi persekolahan di beberapa negeri terpaksa ditangguh untuk beberapa waktu. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan