Power Rangers Dituduh Membunuh

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Bekas pelakon siri televisyen Power Rangers yang pernah ditahan dan kemudian dibebaskan daripada tuduhan membunuh rakan serumahnya, tahun lalu telah ditahan semula.

Kali ini, Ricardo Medina, 36, terpaksa akur apabila didakwa melakukan kesalahan sama.

Sebelum ini, dia dilepaskan kerana Pejabat Pendakwa Negeri Los Angeles gagal menemui bukti kukuh terhadapnya.

Dia berdepan hukuman penjara 26 tahun jika didapati bersalah dan jaminannya ditetapkan AS$1 juta (RM4.4 juta).

Medina yang memainkan watak Red Ranger dalam Power Rangers Wild Force pada 2002 mendakwa dia hanya mempertahankan diri ketika kejadian pada Februari tahun lalu itu.

Pelakon watak satira itu pada mulanya dilaporkan bertengkar dengan rakannya Joshua Sutter di rumah mereka di Palmdale, California.

Pejabat Syerif Los Angeles mendakwa Medina masuk ke bilik tidur dengan teman wanitanya dan menutup pintu, namun Sutter, 36, merempuh masuk bilik itu sebelum ditikam pelakon terbabit menggunakan pedang.

Bagaimanapun, Medina menghubungi pasukan kecemasan dan ditahan selepas itu, manakala Sutter disahkan mati di hospital.

Tags / Kata Kunci: Power Rangers , Ricardo Medina , Los Angeles

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan