Kediaman Suspek Serangan Bom Jakarta Diserbu

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis Indonesia menyerbu kediaman dua suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian serangan bom di Jakarta yang mengorbankan tujuh nyawa pada Khamis.

Jurucakap polis berkata, pihaknya menemui pelbagai bahan yang digunakan untuk menghasilkan bom buatan sendiri di kediaman berkenaan.

Salah satu daripada kediaman di tengah bandaraya Jakarta yang digeledah itu dihuni suspek yang dikenali sebagai Muhammad Ali.

Muhammad Ali terkorban dalam serangan yang didalangi kumpulan militan Negara Islam (IS) dengan suspek utama adalah Bahrun Naim.

Bahrun pernah ditahan pada 2011 kerana memiliki senjata api secara haram dan menjalani hukuman penjara tiga tahun.

Polis percaya, tempoh hukuman itu mendorong Bahrun mendekati kegiatan militan dan mewujudkan jaringan yang tersebar di seluruh Jawa.

Sehingga kini, operasi memburu pihak bertanggungjawab terhadap kejadian itu diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dalam kejadian Khamis, lima pengganas melancarkan serangan di tengah bandaraya ini, umpama serangan di Paris dengan menggunakan bom dan melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai di kawasan berhampiran pasaraya, kedutaan dan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tags / Kata Kunci: Muhammad Ali , Jakarta , Bahrun Naim

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan