Serangan Di Burkina Faso: 63 Tebusan Diselamatkan

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 2:34 PM

(Ubah saiz teks)

OUAGADOUGOU: Seramai 63 tebusan, termasuk 33 yang cedera, berjaya dikeluarkan dari hotel di Burkina Faso yang dikepung kumpulan lelaki bersenjata pengganas al-Qaeda sejak awal pagi Sabtu.

Antara yang diselamatkan ialah Menteri Buruh, Clement Sawadogo.

Perkara itu disahkan Menteri Komunikasi, Remis Dandjinou kepada AFP.

"Terdapat kematian namun jumlahnya belum dapat disahkan. Serangan berterusan itu dijalankan bersama anggota Burkinabe yang disokong pasukan khas Perancis," kata Dandjinou.

Laporan awal sebelum ini menyebut bahawa sekurang-kurangnya 20 terbunuh dalam serangan berkenaan.

Namun jumlah itu mungkin meningkat apabila Menteri Dalam Negeri, Simon Campaore memberitahu AFP bahawa maklumat yang diterima daripada anggota bomba menyatakan bahawa mereka melihat 10 mayat di restoran di seberang hotel.

"Kami belum lagi mempunyai sejumlah orang yang mati," kata Campaore.

Tags / Kata Kunci: Burkina Faso , al-Qaeda

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan