Tiga Ditahan Susulan Serangan IS Di Jakarta

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 12:30 PM

Pasukan keselamatan Indonesia bersiap sedia untuk mengawal keselamatan sekitar bandaraya Jakarta.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis Indonesia menahan tiga lelaki kerana disyaki mempunyai kaitan dengan serangan yang menyebabkan tujuh terkorban, termasuk lima penyerang dalam kejadian Khamis.

Ketiga-tiga mereka ditahan subuh Jumaat di rumah masing-masing di Depok iaitu kawasan pinggir Jakarta.

Jurucakap polis, Muhammad Iqbal memberitahu The Straits Times berkata, operasi itu dilancarkan pasukan komando anti pengganas pada pukul 5 pagi.

Ketiga-tiga suspek mempunyai kaitan dengan rakyat tempatan yang mempunyai kaitan dengan anggota militan Negara Islam (IS), Bahrun Naim.

Selain itu, Ketua Polis Depok, Kolonel Dwiyono memberitahu MetroTV bahawa ketiga-tiga lelaki itu disyaki anggota militan telah disoal siasat berhubung serangan semalam.

Pada sidang media pada Jumaat, polis turut mengesahkan lima militan yang terlibat dalam serangan itu mempunyai jaringan dengan ISIS, termasuk dua daripadanya yang mempunyai rekod kesalahan kegiatan pengganas.

Selain tujuh yang terbunuh, 26 lain mengalami kecederaan termasuk empat warga asing dan enam anggota polis, manakala selebihnya rakyat tempatan.

Sementara kawasan sekitar Starbucks tempat serangan itu berlaku semalam masih dikawal ketat oleh anggota polis.

Orang ramai turut meletakkan kalungan bunga dan mesej-mesej seperti #prayforjakarta dan `Indonesia Unite’.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan