Orang Ramai Panik, Tayar Meletup Disangka Bom

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 9:21 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Orang ramai di sekitar Jalan Thamrin, tempat kejadian serangan bom oleh pengganas di bandar raya ini, terus trauma apabila mereka berlari bertempiaran apabila terdengar satu lagi letupan pada kira-kira pukul 9 malam Khamis.

Letupan berdekatan bangunan Badan Pengkajian dan Penerapan Teknolgi (BPPT), di sini itu boleh didengar sehingga 500m itu menyebabkan ramai yang menjadi panik sehingga ada yang menangis ketakutan.

Bagaimanapun polis mengesahkan letupan itu adalah bunyi tayar sebuah trak pecah di jalan itu.

Ketua Polis Jakarta Pusat, Hendro Pandowo memberitahu pemberita di sini orang ramai mungkin masih trauma dengan kejadian pagi tadi dan sensitif dengan sebarang bunyi letupan.

Polis juga telah melakukan pemeriksaan dan memastikan tidak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Kita sudah pastikan tidak ada letupan bom tetapi hanya letupan tayar lori sahaja. Keadaan terkawal dan jalan sudah dibuka seperti biasa," katanya.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati orang ramai masih lagi berhimpun berdekatan bangunan tersebut untuk mengikuti perkembangan walaupun keadaan sudah terkawal.

Pada kejadian pukul 10.50 pagi Khamis, tujuh orang termasuk lima suspek penjenayah dan dua orang awam terbunuh selepas berlaku insiden letupan bom dan tembak menembak di hadapan Gedung Cakrawala di Jalan Thamrin di sini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan