Polis Sasaran Utama Serangan Pengganas - Ketua Polis Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 6:00 PM

Anggota polis antara yang tercedera dalam serangan pengganas di Jakarta, Khamis.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kumpulan pengganas yang membuat serangan bom dan senjata api di kawasan Jalan Thamrin, Khamis sebenarnya menjadikan polis sebagai sasaran utama mereka.

Ketua Polis Republik Indonesia, Badrodin Haiti berkata, kumpulan pengganas terbabit menjadikan polis sebagai sasaran serangan kerana tidak berpuas hati dengan kejayaan polis menjejaki dan menghalang pergerakan mereka malah sering menangkap anggota kumpulan terbabit.

"Target utama memang kepolisian. Kenapa kami jadi target, karena kami yang selama ini menghalangi dan menangkap mereka," kata Badrodin kepada pemberita di sini, Jumaat.

Katanya, polis telah bergerak memburu saki baki anggota kumpulan yang terbabit dalam kes serangan bom dan senjata api semalam.

Setakat ini polis masih belum mendedahkan identiti lima pengganas yang ditembak mati dalam tragedi serangan bom semalam tetapi yakin mereka terbabit dengan rangkaian militan Daesh.

"Kami pastikan mereka jaringan ISIS (Islamic State of Iraq and Syria)," katanya.

Pada kejadian semalam, tujuh orang iaitu lima suspek pengganas dan dua orang awam mati dalam serangan bom dan senjata api di restoran Starbuck di Gedung Cakrawala yang terletak bersebelahan pusat membeli-belah Sarinah Thamrin di Jalan MH Thamrin di sini.

Kejadian 10.50 pagi itu menggemparkan warga kota Jakarta yang ketika itu sedang bekerja dan lalu-lalang di jalan utama berkenaan.

Sementara itu tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati kawasan itu masih dikawal polis walaupun orang ramai dibenarkan memasuki Gedung Cakrawala.

Terdapat sekumpulan orang sedang berkumpul dan dimaklumkan bahawa mereka mahu menganjurkan satu demonstrasi bertemakan "Kami Tidak Takut" bertujuan membantah aktiviti keganasan yang berlaku di negara itu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Jalan Thamrin , Badrodin Haiti , Indonesia , ISIS

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan