IS Mengaku Serang Jakarta

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Jakarta yang menyebabkan tujuh kematian, lima daripadanya ialah pengganas.

Agensi berita AFP melaporkan bahawa kumpulan militan itu menerusi kenyataan mengakui terlibat dengan serangan tersebut.

"Sekumpulan tentera khalifah di Indonesia menyasarkan pakatan tentera salib yang memerangi IS di Jakarta, meletakkan beberapa peranti letupan yang meletup ketika empat tentera (IS) menyerang menggunakan senjata ringan dan tali pinggang bom," demikian menurut petikan kenyataan tersebut.

Kenyataan IS itu menyebut 15 orang maut dalam kejadian itu, namun kiraan rasmi dikeluarkan kerajaan Indonesia adalah tujuh.

Dua orang awam yang terkorban ialah masing-masing seorang rakyat tempatan dan warganegara Kanada yang secara kebetulan berada di dalam restoran Starbucks berkenaan manakala puluhan lagi termasuk 5 anggota polis dilaporkan cedera termasuk ada yang parah.

Tags / Kata Kunci: Jakarta , Negara Islam , IS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan