Pondok Polis Meletup, Enam Maut Dalam Letupan Di Jalan MH Thamrin

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 1:05 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

JAKARTA: Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala beberapa lagi termasuk anggota polis cedera dalam siri letupan berhampiran Sarinah Mall di Jalan MH Thamrin pagi Khamis.

Ketua Bahagian Hubungan Manusia Polis Republik Indonesia, Anton Charliyan berkata setakat ini enam disahkan maut iaitu tiga anggota polis dan tiga orang awam dalam serangan berhampiran Restoran Starbuck di Sarinah Mall kira-kira pukul 10.50 pagi waktu tempatan.

Anton berkata polis masih mengepung kawasan bangunan berkenaan dan percaya terdapat sekurang-kurangnya dua penjenayah yang masih bersembunyi dalam pusat membeli-belah dan pejabat setinggi 14 tingkat itu.

Bagaimanapun, katanya polis belum dapat mengesahkan sama ada ia dilakukan kumpulan penganas tetapi mengesahkan ia membabitkan sekumpulan orang bersenjata api dan membawa bom granit.

Wartawan Bernama yang berada di tempat kejadian mendapati tiga daripada mangsa terbabit telah dibawa ke hospital dengan ambulans manakala pasukan paramedik turut membantu beberapa orang awam dan polis yang cedera sebelum dikejarkan ke hospital.

Helikopter juga kelihatan berlegar di udara dan orang awam dilarang menghampiri bangunan berkenaan.

Beberapa siri letupan dilaporkan berlaku di pondok polis di hadapan Sarinah Mall pagi tadi.

Menurut polis, beberapa lelaki yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah polis yang berada dalam pondok berkenaan.

Pada kejadian berkenaan, berlaku tembak menembak antara polis dan beberapa lelaki yang tidak dikenali itu, diikuti siri letupan di pondok polis dan di luar bangunan Sarinah Mall.


Tags / Kata Kunci: Sarinah Mall , Jakarta , Jalan M.H Thamrin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan