Serangan Jakarta: Empat Suspek Ditembak Mati - Berita Dunia | mStar

Serangan Jakarta: Empat Suspek Ditembak Mati

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 3:32 PM

-foto REUTERS

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis Indonesia menembak mati empat suspek pengganas yang menjadi sebahagian daripada mereka yang terlibat dengan serangan bom dan senjata di Jakarta, Khamis.

Kawasan itu ini sedang dikawal, kata jurucakap polis.

"Kami sedang melakukan pemeriksaan di bangunan itu dari tingkat bawah ke atas," kata Iqbal Kabid kepada pemberita.

Beliau menjelaskan bahawa pertempuran senjata antara penyerang dan polis berlaku di sebuah panggung wayang yang terletak di bangunan yang sama dengan kafe Starbucks yang diserang.

"Kami akan mengisytiharkan situasi selamat tidak lama lagi," katanya.
Tags / Kata Kunci: serangan Jakarta , suspek serangan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan