Serangan Bom Istanbul: 68 Anggota IS Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Pihak berkuasa Turki telah menahan 68 anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam serbuan berasingan di beberapa lokasi di seluruh negara itu.

Seramai 65 suspek ditahan pada Rabu dalam serbuan di Ankara; Izmir di Aegean; Kilis di sempadan Syria; Sanliurfa; Mersin di Mediterranean dan Adana di selatan Turki.

Agensi berita Anatolia melaporkan, ia dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan pengebom berani mati IS dari Syria di Dataran Sultanahmet di sini yang mengakibatkan 10 pelancong asing termasuk sembilan warga Jerman terkorban.

Dalam serbuan di Ankara, pihak berkuasa menahan 16 suspek yang disyaki terbabit merancang serangan besar-besaran di ibu kota ini.

Selain itu, 21 yang lain ditahan di Sanliurfa kerana disyaki merancang untuk menyerang sebuah lokasi yang tidak dinamakan di negara itu.

Media tempatan itu juga melaporkan tiga lagi anggota IS yang disyaki ditahan adalah warga Rusia, termasuk di bandar Antalya, selatan Turki.

Letupan berdekatan monumen Obelisk Theodosis itu mengegarkan kawasan di Sultanahmet yang juga destinasi pelancongan popular di Turki. – AFP

Tags / Kata Kunci: Sultanahmet , Istanbul , IS

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan