9 Warga Jerman Terkorban Serangan Bom Sultanahmed

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 10:22 AM

Mayat mangsa serangan pengebom berani mati bergelimpangan di kawasan pelancongan Sultanahmed berhampiran Masjid Biru.

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Sembilan daripada 10 mangsa serangan pengebom berani mati di Sultanahmed di sinimelibatkan pelancong warga Jerman.

Pihak berkuasa Turki turut mengesahkan seorang lagi mangsa adalah rakyat Peru yang melancong ke negara itu.

Timbalan Perdana Menteri, Numan Kurtulmus berkata, pengebom terlibat dipercayai memasuki Turki melalui Syria.

"Bagaimanapun, individu terlibat tidak termasuk dalam senarai suspek militan Turki dan identitinya dikenal pasti daripada bahagian badannya yang ditemui di lokasi kejadian," katanya.

Selain itu, Perdana Menteri Ahmed Davutoglu dilaporkan  menuduh pengganas Negara Islam (IS) bertanggungjawab terhadap serangan di lokasi pelancongan di sini.

Beliau juga memaklumkan telah menghubungi Canselor Jerman, Angela Merkel bagi menyampaikan ucapan takziah dan menyatakan pendirian Turki untuk memerangi IS.

"Turki akan terus memerangi kumpulan militan ini," katanya sambil menambah akan memburu pihak bertanggungjawab supaya mereka dikenakan hukuman setimpal.

Media tempatan turut melaporkan terdapat lebih 15 orang cedera dalam kejadian yang berlaku berhampiran sebuah taman purba Greek, Obelisk.

Polis mengepung kawasan berkenaan bagi mencegah orang ramai memasuki kawasan berkenaan berikutan kemungkinan berlaku letupan kedua.

Sultanahmet adalah destinasi utama pelancong melawat Istanbul dan kawasan berkenaan merangkumi Istana Topkapi, Masjid Biru dan Hagia Sophia.

Tahun lalu, Turki dikejutkan dengan dua kejadian bom yang besar.

Lebih 30 orang maut dalam serangan Kumpulan Negara Islam (IS) di bandar Suruc, berdekatan sempadan Turki-Syria pada Julai tahun lalu.

Selain itu lebih 100 maut dalam dua serangan bom berani mati pada Oktober di stesen kereta api di pinggir Ankara ketika orang ramai menyertai satu perhimpunan.

Tags / Kata Kunci: Sultanahmed , Istanbul , Numan Kurtulmus

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan